Panduan Memohon atau Memperbaharui Pasport Malaysia

Passport kiri tu pasport baru (dalam sampul).  Bila perbaharui passport, passport lama akan digunting seperti pasport kanan

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah pergi memperbaharui (renew) pasport sebagai persediaan untuk ke Singapura bagi menghadiri Extravaganza Herbalife pada 16 Mei 2012- 22 Mei 2012 ini. Insyaallah nanti saya balik dari Extravaganza saya akan kongsikan kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Pasport yang saya maksudkan ini adalah Pasport Malaysia (ataupun Pasport Malaysia Antarabangsa), yang kita guna nak ke luar negara tu.

Apabila saya pergi ke Pejabat Imigresen Kuching, pelbagai gelagat manusia yang saya jumpa namun semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu mendapatkan pasport. Ada yang nak buat yang baru dan ada juga yang nak perbaharui (renew). Untuk memudahkan urusan mendapatkan pasport, dokumen yang dibawa perlu mencukupi untuk mengelakkan kita terpaksa pulang ke rumah bagi mengambil dokumen yang tertinggal dan sebagainya. Jadi saya kongsikan prosedur-prosedur untuk memohon pasport baru dan cara memperbaharui pasport yang lama untuk panduan anda semua. Harap lepas ni tak ada yang tepuk dahi kat Pejabat Imigresen sebab kena balik ambil dokumen tertinggal ye. ;)

Panduan ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman. Untuk urusan selain dari yang dinyatakan dalam post ini, anda boleh rujuk kepada Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Maklumat ini adalah berdasarkan tarikh 2 Mei 2012. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan anda boleh merujuk Portal tersebut untuk sebarang perkembangan terkini.

Cara Memohon Pasport Malaysia

Dokumen/Perkara yang perlu dibawa untuk permohonan

  1. Mykad*
  2. Salinan Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  3. Gambar berukuran pasport (2 keping latarbelakang biru)
  4. Duit untuk bayaran pasport**
  5. No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)***
  6. Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)

Cara perbaharui (renew) Pasport Malaysia

[Sebab perbaharui: Pasport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Pasport kehabisan mukasurat.]

Dokumen/Perkara yang perlu dibawa untuk permohonan

  1. Mykad*
  2. Bawa pasport lama (PENTING – Pasport lama akan dibatalkan)
  3. Gambar berukuran pasport (2 keping background biru. PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar pasport lama. Dengan erti kata lain, jangan guna semula gambar pasport yang digunakan dalam pasport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru. Kalau kat Pejabat Imigresen Kuching tu, banyak kedai untuk ambil gambar kat tingkat bawah. Pilih jangan tak pilih ;) )
  4. Duit untuk bayaran pasport**
  5. No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)***
  6. Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)

Mykad*

Semasa urusan mengeluarkan Pasport, Mykad anda akan digunakan untuk membaca info peribadi anda. Selalunya pada ketika inilah, anda dapat tahu yang Mykad anda mempunyai masalah (kebiasaannya masalah cip). Dengan itu, anda akan diminta untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat Mykad baru.

Menunggu Mykad baru siap akan mengambil masa selama beberapa minggu (bergantung kepada lokasi). Maka, semasa membuat pembaharuan Mykad, sila maklumkan kepada pegawai tujuan pembaharuan Mykad ini adalah bagi menggantikan Mykad yang rosak semasa permohonan membuat pasport. Pegawai di kaunter akan memberi satu slip khas (pengenalan sementara, selain daripada resit pengambilan Mykad) untuk membolehkan pengurusan rasmi seperti membuat pasport.

Sila buat salinan pengenalan sementara tersebut dan sertakan sekali bersama borang permohonan pasport. Bagi memperbaharui pasport anda, berdasarkan pengalaman saya tadi, salinan fotostat Mykad tidak diperlukan. Tetapi ada juga blog-blog lain yang saya baca meminta mereka membawa salinan fotostat Mykad untuk memperbaharui pasport mereka. Saranan saya, bawa sahaja untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Duit untuk bayaran pasport**

Sebelum ini, harga pasport ditentukan berdasarkan bilangan muka surat (32 mukasurat atau 64 mukasurat). Tetapi kini, kadar bayaran pasport adalah berdasarkan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan dengan bilangan 48 mukasurat.

Kadar Bayaran untuk pasport adalah seperti berikut;

  1. RM 100 – untuk tempoh 2 tahun
  2. RM 300 – untuk tempoh 5 tahun

No. Surat Beranak/Sijil Kelahiran (Memudahkan pengisian borang)***

Untuk memudahkan urusan, saya menyarankan agar anda membawa salinan asal surat beranak/sijil kelahiran kerana berdasarkan pengalaman saya, ada pegawai imigresen yang meminta salinan asal surat beranak/sijil kelahiran untuk memastikan yang kita tidak tersalah tulis nombor surat/sijil tersebut atas borang permohonan. Jadi senang cerita, bawa sahaja. Lagi senang.

Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran tanpa sebarang masalah, permohonan anda akan diproses dan pasport anda akan siap selepas 1-2 jam. Jadi rancanglah pengisian untuk menunggu selama 1-2 jam tu. Tadi saya marking draf tesis pelajar tahun akhir saya. Lepas 1 jam, pasport siap, kerja pun siap. Tak buang masa macam tu je kan?

Passport kiri tu pasport baru (dalam sampul). Bila perbaharui passport, passport lama akan digunting seperti pasport kanan

Passport kiri tu pasport baru (dalam sampul). Bila perbaharui pasport, pasport lama akan digunting seperti pasport kanan

Sebelum terlupa, tuan punya pasport haruslah datang sendiri untuk mengambil/memungut pasport yang siap. Sebarang wakil tidak dibenarkan. Kalau tak ambil dalam masa 3 bulan, pasport anda akan dibatalkan dan anda tak boleh tuntut apa-apa dari kerajaan, itu yang jelas tertulis atas resit pembayaran.

Saya harap perkongsian ini akan dapat membantu anda semua bagi mengelakkan masa anda dibazirkan begitu sahaja. Saya ingin berpesan, berurusan dengan jabatan kerajaan amat mudah, tetapi pastikan maklumat dan dokumen yang diperlukan mencukupi. Jika tidak, fikir-fikirlah sendiri.

Terima kasih.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Responses to Panduan Memohon atau Memperbaharui Pasport Malaysia

  1. oneil says:

    hai….sy nak tanya ni klau pasport dah lebih 4 tahun x renew boleh renew lg x?

    • admin says:

      Hai oneil, anda boleh tengok tarikh luput (expired date), jika telah lebih tarikh luput (atau 6 bulan sebelum tarikh luput), eloklah anda membuat passport baru. Apabila passport kita telah tamat tempoh, pihak imigresen akan membatalkan passport lama dan akan mengeluarkan passport baru dengan syarat dokumen-dokumen lengkap dikemukakan semasa permohonan.

  2. wan izzul shahiran says:

    Salam.sy tertinggal passport lama di tempat kerja di sabah n sekarang nak buat di semenanjung.prosesnya sama jugak? Ada apa2prosedur tak untuk situasu macam sy ni.

    • admin says:

      Wsalam wan izzul, saya rasa elok tuan rujuk kepada pihak imigresen mengenai perkara ini. Selalunya pihak imigresen memerlukan passport lama untuk dibatalkan.

      Harap membantu.

  3. Tina Alfref says:

    Saya hendak mengambil mykad yang telah siap tetapi resit pengambilan mykad telah hilang. Bolehkah saya mengambil mykad saya tanpa resit tersebut?. Adakah saya perlu membuat laporan polis untuk mengesahkan kehilangan resit mykad?

    • admin says:

      Saya ada bertanya kawan saya mengenai perkara ini, rakan saya pernah mengalami situasi sama iaitu kehilangan resit. Ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang bertugas. Sahabat saya pada masa itu hanya mengemukakan Mykad lama.

  4. lt kol hj ahmad says:

    semoga pengorbanan masa ini untuk menulis paduan ini satu amaljariah.terimakasih.

  5. Surhadi says:

    Terima kasih..sungguh infomatif

  6. Salahuddin says:

    Terima kasih atas pengkosian. Sangat berguna.Saya ingin perbaharui passport di Putrajaya dalam sedikit masa nanti.Expire bulan mac, tak boleh guna dah, sebab perlu 6 bulan validity.

  7. Mahendran Vathamalai says:

    Boleh tak saya renew passport saya tanpa membawa passport lama yang telah tamat tempoh ? Saya tidak tahu saya perlu bawa passport lama dan telah koyak dan buangkan passport lama itu semasa mengemas rumah untuk menyambut Deepavali, memandangkan ia tidak boleh diguna lagi. Tolong bantu saya kerana saya bercadang hendak bercuti ke luar negeri.

    Terima kasih.

  8. syarifah says:

    Thank You a lot..
    At least I could expect what possible things that gonna happen tomorrow..
    Thanks jugak sebab inform yang kita kene tunggu 1/2 jam for the process to be done.. I hate waiting without doing anythings. Thus, I’ll bring novel.. hehe..

  9. indra says:

    Thks4 ur info. nk tny same k hrg untk renew pasport 100 rm .and 1 more ting mak sy dulu ic
    Merah pasport coklat dah ambik tp skrg dah dpt ic biru tp pasport still valid lg adakah
    Pasport tu burn@ kena buat br … (pasport merah)

  10. Wan Mohd Rasidi Bin Wan Ab Ghani says:

    Kalau nak memperbaharui passport kena bawa surat beranak tak sbb dah terlupa letak kat fail mana.

  11. Rakia Angel says:

    Terima kasih yang tidak terhingga di atas info yang diberikan kerana hari ini ke Jab. Imigeresen untuk renew passport berpandukan info anda. Urusan saya mudah dan selesai dengan sempurnanya. Semuga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan hidup anda kerana berkongsi maklumat untuk kemudahan orang lain. Amin

  12. lisgold says:

    A weekend visit…wishing u to have a wonderful weekend!!

  13. Hana says:

    Owh~Terima kasih!
    Pasport baru mati….nak kena hidupkan balik…nak g cuti bln 11 nnt

  14. kkc says:

    kunjungan balas utk anda..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>